Posts tagged akhirat

KULIAH KITAB IMAN – Siri 35

OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA

PERINCIAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

sambungan 11.TITIAN

Hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan bahawa semua hamba akan melalui titian di atas neraka Jahanam, dan bukan semua yang melaluinya pasti memasuki neraka, kerana Allah akan menyelamatkan orang-orang mukmin dan membiarkan orang-orang zalim dalam keadaan berlutut. Setelah menyeberangi titian itu, mereka akan berdiri di atas jambatan (yang memisahkan) di antara syurga dan neraka, di mana orang-orang yang dizalimi akan membalas apa yang dilakukan ke atas mereka. Setelah selesai, baru mereka diizinkan memasuki syurga. Dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Akan diselamatkan orng-orang mukmin dari api neraka. Mereka akan ditahan di atas jambatan di antara syurga dan neraka, lalu sebahagian dari mereka membalas atas kezaliman sebahagian yang lain yang pernah berlaku masa di dunia ini, hingga apabila telah habis dan bersih makadiizinkan bagi mereka memasuki syurga. Demi Allah, yang diri Muhammad berada ditanganNya, sesungguhnya seorang dari mereka kenal tempat kediamannya di dalam syurga lebih dari ia kenal rumahnya di dunia ini.”

12. SYURGA DAN NERAKA

Kita beriman bahawa adanya syurga dan neraka, yang dicipta Allah dan disediakan sbagi balasan baik dan balasan seksa. Allah menciptakan syurga dan neraka sebelum Allah mencipta manusia, kini ia sudah ujud berkekalan slama-lamanya, tidak berubah dan tidak binasa. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya Malaikat-Malikat yang kasar, yang kras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. AT-Tahrim: 6).
Dan firman Allah yang bermaksud:
“(Dan ingatlah akan) hari di mana kami bertanya kepada neraka Jahanam: Apakah kamu sudah penuh? Dia (neraka) menjawab: Masih ada tambahan?” (QS. Qaf :30).

Klik di sini untuk mengikuti audio kuliah di atas.

KULIAH KITAB IMAN – Siri 34

OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA

PERINCIAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

11. TITIAN

Kita beriman bahawa setelah dihisab dan ditimbang amalan, semua manusia akan berpindah daripada tempat perhimpunan tersebut untuk melalui titian (as-Sirat) yang terletak di atas neraka Jahanam. Hadis-hadis sahih menerangkan manusia akan melalui titian, senang atau susah melalui titian ini bergantung kepada amalan manusia di dunia:
- Di antara manusia ada yang dapat melaluinya secepat bintang jatuh,
- Ada yang dapat melalui secepat angin bertiup,
- Ada yang dapat melaui secepat kerdipan mata,
- Ada yang dapat melaluinya separuh berlari.
- Orang yang sedikit amal solehnya akan melalui dengan tersungkur sebelah tangan dan terangkat sebelah yang lain, tersungkur sebelah kaki dan terangkat sebelah yang lain. Api neraka akan menyembur mereka, tetapi mereka dapat menyelamatkan diri. Ketika mereka terselamat, mereka berkata kepada neraka:”Alhamdulillah, Allah telah menyelamatkan kami daripada engkau, setelah Dia memperlihatkan engkau kepada kami. Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada kami sesuatu yang tidak diberi kepada seorang yang lain.”(Syarah Aqidah At-Tahawiyyah dan Syarah Aqidah al-Wasitiyyah).

Dari satu hads yang panjang yang diriwayatkan dari Abu Hurairah yang menceritakan seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, di mana beliau bersabda:”….Mereka mengikuti Allah, lalu dibentangkan titian di atas neraka Jahanam. Maka aku dan umatku yang paling awal melaluinya. Dan tidak bercakap di hari itu kecuali para Rasul. Seruan para Rasul pada hari itu ialah ‘Wahai Allah, selamatkanlah, selamatkanlah’ dan pada neraka itu ada besi yang hujungnya tajam (pengait) seperti duri pohon sa’adan .” (HR. Muslim).

Klik di sini untuk mengikuti audio kuliah di atas.

KULIAH KITAB IMAN – Siri 32

OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA

Sambungan PERINCIAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

9. Kolam Air (Al-Haudh)

Wajib beriman kepada keterangan melalui hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai Al-Haudh, yang Allah kurniakan kepada Nabi dan umatnya. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam yang pertama mendatangani kolam air ini dengan diikuti oleh umatnya. Ia berlaku setelah perhimpunan di Padang Mahsyar, sepertimana hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Akulah yang mula-mula mendatangi kolam air. Siapa yang mendatanginya akan dapat minum. Dan siapa yang dapat minum ia tidak akan haus selama-lamanya. Dan sesungguhnya akan datang kepadaku beberapa kaum yang aku kenal mereka dan mereka kenal aku, tetapi disekat di antaraku dengan mereka. Baginda menjelaskan lagi: Mereka itu adalah umatku. Lalu dikatakan kepadaku: Engkau tidak mengetahui apakah yang mereka telah lakukan selepas engkau (wafat). Maka aku pun berkata: Jauhilah, jauhilah bagi mereka yang mengubah (agama) selepas aku.” (HR. Muslim).
Dari Uqbah bin Amir bahawa: Suatu hari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam keluar melakukan do’a ke atas ahli Uhud sebagaimana do’a ke atas jenazah, baginda kembali dan menaiki mimbar lalu berkata: “Sesungguhnya aku orang yang mendahului kamu dan aku juga menjadi saksi ke atas kamu. Demi Allah, aku sekarang melihat kolam airku. Dan sesungguhnya aku diberi kunci gudang khazanah/kekayaan bumi. Demi Allah aku tidak takut kamu mensyirikkan Allah (kerana aku yakin kamu tidak akan melakukan demikian), tetapi apa yang paling aku takut ialah kalau kamu berlumba-lumba merebut harta kekayaan dunia sepeninggalan aku.” (HR. Ahmad, Bukhari & Muslim)

Terdapat tiga peringkat zaman umat keluar meninggalkan agama (murtad):
Peringkat Pertama – Sesudah wafat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam di masa pemerintahan Abu Bakar di mana ada yang meninggalkan agama secara keseluruhan dan ada yang beramal sebahagiannya tetapi meninggalkan sebahagian yang lain, iaitu enggan membayar zakat, yang mana golongan ini diperangi oleh Abu Bakar.
Peringkat Kedua – Semasa kejatuhan Kerajaan Othmaniyyah, di mana terdapat satu juta umat yang telah murtad.
Peringkat Ketiga – Abad Keduapuluh, dimana timbulnya isme-isme seperti komunisme, sosialisme, liberisme, sekularisme, manakala umat menganuti isme-isme ini dan meninggalkan hukum-hukum dan syari’at Islam.

Terdapat 5 sebab kerosakan umat Muhammad dari fitnah kekayaan dunia:
1. Cenderung hati ke atas harta kekayaan/dunia.
2. Ditimpa penyakit wahan, iaitu cinta akan dunia dan takut mati.
3. Mereka tidak lagi mengambilkira halal dan haram.
4. Aqidah dijualbeli.
5. Ditimpa penyakit kedekut.

Untuk mengikuti kuliah di atas, sila klik di sini.

KULIAH KITAB IMAN – Siri 31

OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA

PERINCIAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

SAMBUNGAN: 8. MENGHADAP ALLAH DAN HISAB AMALAN

Beberapa hadis menjelaskan bahawa Allah mengutamakan at golongan dari umat Nabi Muhammad, mengecualikan mereka dari hisab amalan, memasukkan mereka ke dalam Syurga tanpa hisab dan azab, seperti hadis dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ” Akan masuk Syurga dari umatku ini tujuhpuluh ribu orang tanpa hisab.” (HR. Bukhari & Muslim).
Allah memberitahu hambaNya segala amalan baik dan jahatnya yang dikerjakan di dunia. Allah juga akan mendatangkan saksi di atas amalan manusia, seperti bumi (QS. Al-Zalzalah:1-8), anggota-anggota manusia: lidah, tangan, kaki, kulit dan lain-lain. Musuh-musuh Allah akan membantah saksi-saksi itu. (QS. Fussilat: 19-22).
Rahmat Allah ketika hisab amalan adalah bagi hamba-hambaNya yang mukmin, tidak kepada hamba-hambaNya yang kafir. Allah bersendirian dengan hambaNya yang mukmin, menjadikannya mengakui dosa-dosanya, tetapi Allah menutupnya dan memudahkan hisabannya, sebagaimana hadis dari Ibnu Umar:
Ditanya kepada Ibnu Umar, bagaimana engkau mendengar Rasulullah berkata mengenai bisikan (An-najwa) Allah dengan hamba-hambaNya yang mukmin pada hari Akhirat nanti?. Berkata Ibnu Umar:” Aku mendengar Rasulullah berkata:’ Seorang daripada kamu akn berhampiran dengan Tuhannya hingga Allah menetapkan belas-kasihan ke atasnya. Allah berfirman kepadanya,” Sesungguhnya Aku telah menutup dosa-dosa engkau di dunia dan hari ini Aku ampunkan engkau.” Lalu diberi kepadanya surat amalan baiknya. Adapun orang-orang kafir maka diseru di hadapan khalayak ramai: Inilah orang yang mendustakan Tuhan mereka dan tetaplah laknat Allah ke atas orang-orang yang zalim (HR. Mutafaq Alaihi).

Untuk mengikuti kuliah di atas, sila klik di sini.

KULIAH KITAB IMAN – Siri 30

OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA

PERINCIAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

SAMBUNGAN: 8. MENGHADAP ALLAH DAN HISAB AMALAN
Setiap mukmin semestinya menghitung amalan masing-masing sebelum mereka akan dihisab Allah di akhirat kelak,bersegera dalam melakukan amal soleh sebelum terluut peluang.(QS.Al-Anbiyaa’: 47).
Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Tidak bergerak dua kaki seorang hamba (waktu bnagkit di hari kiamat) hingga ditanya lima perkara:
1. Mengenai umurnya, ia habiskan untuk apa.
2. Mengenai ilmunya, bagaimana ia amalkan .
3. Mengenai harta, dari mana ia dapat
4. Untuk apa harta itu dibelanjakan
5. Mengenai jasad (masa mudanya), kemana ia gunakan.” (HR. At-Termizi)

Manusia juga akan ditanya mengenai nikmat yang ia perolehi semasa di dunia (QS. At-Takasur: 8), seperti sihat badan dan air sejuk yang diminum; mengenai janji (QS. Al-Isra’: 34); pendengaran, penglihatan dan hati (QS. Al-Isra’: 36), dan akidah (QS. Al-Qasas: 62)

Untuk mengikuti kuliah di atas, sila klik di sini.

KULIAH KITAB IMAN – Siri 29

OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA

PERINCIAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

SAMBUNGAN: 8. MENGHADAP ALLAH DAN HISAB AMALAN

Menghadap Allah bererti Allah memperlihatkan amalan manusia lalu mengakulah empunya amalan itu dengan dosanya. Jika ia termasuk dalam golongan yang selamat iaitu golongan yang diberi suratan amalnya dari sebelah kanan maka Allah akan mengampunkan dosanya, memudahkan hisabannya, memasukkannya ke dalam Syurga dan tidak menyeksanya di dalam Neraka. Bagi mereka yang banyak maksiatnya iaitu golongan yang diberi suratan amalannya dari belakang sebelah kiri, maka ia dihisab, disoal satu persatu, setiap dosa kecil dan dosa besar.(QS. Insyiqaq: 6-15, Al-Haqqah: 19-25). Pada hari kiamat manusia akan mengingati apa yang ia lakukan di dunia. (QS. An-Naazi’at: 34-35). Setiap manusia juga akan menerima dan membaca surat amalnya di hari akhirat. (QS. 13-14), iaitu surat-surat yang telah ditulis oleh Malaikat akan segala perbuatan manusia di dunia ini.(QS. Infitaar: 10-12, Al-Jasiyah: 29)

Hisab amalan bermaksud Allah serahkan keadaan manusia kepada amalan, perkataan dan aqidah pegangan mereka, yang baik atau yang jahat, sebelum berpindah dari Padang Mahsyar. Setelah itu mereka akan mengambil surat amalan, lalu mengakui akan amalan mereka, mengaku balasan nikmat atau balasan azab yang ia akan terima. (QS. Al-An’am: 108, Al-Kahfi: 49). Kedudukan manusia ats hisaban amalan ini akan berbeda:
- Golongan kanan iaitu mereka yang akan dihisab dengan hisaban yang mudah. Dibentangkan amalan mereka, Allah memerhati amalan jahat mereka, orang lain tidak melihatnya. Allah ampunkan kejahatan mereka lalu diperintah memasuki syurga.
- Golongan kiri iaitu mereka yang dihisab dengan teliti, disoal satu-persatu, diminta hujah dan alasan, tetapi Allah tidak menerima dan binasalah mereka bersama dengan orang yang binasa. Allah memanggil Malaikat supaya menyebut amalan jahat mereka, lalu terbongkarlah di hadapan khalayak ramai.
Manusia tidak boleh berdalih kerana kepada mereka telah di utus Rasul, diturunkan Kitab (Al-Qur’an), dikurniakan akal dan fitrah semulajadi.
Allah akan mendatangkan enam saksi:
(1) suratan amal;
(2) anggota badan – lidah, tangan, kaki (QS. An-Nuur: 24, Yaasin: 65), pendengaran, penglihatan dan kulit (QS. Fussilat: 20)
(3) Malaikat (QS. Qaf: 21)
(4) Bumi (QS. Al-Zalzalah: 4)
(5) Harta (Hadis Riwayat Muslim – Bab Zakat – ” Sesungguhnya orang yang mengambil harta dengan bukan jalan yang benar, seperti orang yang makan tetapi tidak kenyang, dan di hari kiamat harta itu akan menjadi saksi ke atasnya.”)
(6) Dari kalangan manusia, iaitu para Rasul. (QS. An-Nisa’: 41)

Untuk mengikuti kuliah di atas, sila klik di sini.

KULIAH KITAB IMAN – Siri 26

OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA

SAMBUNGAN: PERINCIAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

6. PERHIMPUNAN DI PADANG MAHSYAR

Perhimpunan di padang Mahsyar berlaku selepas manusia dibangkitkan daripada kubur, seperti firman Allah:
“(Ingatlah) hari (ketika) Kami mengumpulkan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat, dan Kami akan menghalau orang-orang yang durhaka ke neraka Jahannam dalam keadaan dahaga.” (QS. Maryam : 85-86). Dalil yang lain ialah QS. Al-Hijr :25, Al Kahfi : 47, 99.

Ketika bangun dan bergerak dari kubur ke padang Mahsyar, manusia berada dalam dalam beberapa keadaan bergantung kepada amalan masing-masing seperti yang di nyatakan dalam hadis di bawah ini:
Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Manusia yang dihimpunkan ke Padang Mahsyar pada hari kiamat adalah tiga golongan. Pertama golongan yang berjalan kaki (iaitu bagi orang yang mati dalam keadaan berdosa/fasiq); kedua, golongan berkenderaan (iaitu bagi mereka yang bertkwa) dan ketiga, golongan yang berjalan dengan mukanya.”( iaitu bagi mereka yang semasa hidupnya tidak mahu menggunakan mata, lidah dan telinga untuk menerima dan mematuhi ayat-ayat Allah/mereka yang kafir). Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Bagaimana mereka dapat berjalan dengan mukanya?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya Tuhan yang telah menjadikan mereka boleh berjalan dengan kaki, berkuasa menjadikan mereka berjalan dengan muka mereka.” (HR. at-Termizi).
Keadaan ini juga ada diterangkan dalam ayat Al-Qur’an, QS al-Isra’:97, Taha :102 dan Abbassa : 40-42. Perhimpunan ini adalah perhimpunan manusia, di suatu tempat menunggu keputusan Allah terhadap manusia. Pada hari itu Malaikat, jin dan binatang turut dihimpunkan bersama (QS. Maryam: 93-95, Al Anbiya’:38).

Manusia juga akan dibangkitkan bersama orang yang dijadikan pemimpin mereka di dunia ini, seperti firman Allah:
” (Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun.” (QS. Al Isra’: 97). Allah menerangkan dalam Al-Qur’an juga keadaan pemimpin yang berlepas diri dari pengikutnya: QS. Al-Ankabut: 25, Saba’: 31-33, As-Saffaat:27-33.

Keadaan manusia ketika itu adalah berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhitan, seperti yang diterangkan hadis di bawah ini:
Daripada Aisyah, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Dihimpunkan manusia di Padang Mahsyar pada hari kiamat dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhitan.” Aisyah berkata: “Ya Rasulullah! adakah orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?” Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: “Wahai Aisyah! Kedahsyatan keadaan pada masa itu menghalang masing-masing daripada melihat satu sama lain.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Untuk mengikuti kuliah di atas, sila klik di sini.

.

KULIAH KITAB SYARAH AQIDAH ASWJ- Siri 36

OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA

SYARAH KETIGAPULUH EMPAT: AHLUS SUNNAH MEYAKINI ADANYA AL-MIZAN
Al-Mizan adalah sesuatu yang Allah letakkan pada hari Kiamat untuk menimbang amalan hambaNya, sebagaimana firmanNya:
“Barangsiapa yang berat timbangannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam Neraka Jahannam. Wajah mereka dibakar api Neraka dan mereka di Neraka itu dalam keadaan cacat.” (QS. Al-Mukminun:102-104).
Dan ayat-ayat Al-Qur’an yang berkaitan dengannya; QS. Al-Isra’:13-14, Al-Kahfi: 49, Al-Anbiya’: 47, az-Zalzalah:7-8 dan al-Insyiqaq: 7-12
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Dua kalimat yang ringan diucapkan oleh lisan, berat dalam timbangan ( pada hari Kiamat), dan dicintai ar-Rahman (Allah Yang Maha Pengasih): سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ (HR Al-Bukhari & Muslim)
Mizan secara hakiki mempunyai dua daun timbangan , seperti sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Lalu catatan-catatan (amal) itu diletakkan di salah satu sisi daun Neraca dan bithaqah di daun Neraca lainnya, maka catatan-catatan itu melayang dan bithaqah yang lebih berat, maka tidak ada sesuatu yang lebih berat dibandingkan dengan Nama Allah.”

SYARAH KETIGAPULUH LIMA: AHLUS SUNNAH MENGIMANI ADANYA AL-HAUDH
Al-Haudh adalah telaga air yang turun dari sungai Syurga pada hari Kiamat yang diperuntukkan bagi Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, seperti sabdanya:
” Sesungguhnya aku telah mendahului kalian menuju al-haudh…”(HR Bukhari & Muslim)
” Sesungguhnya setiap Nabi memiliki al-haudh (telaga), mereka membanggakan diri, siapa di antara mereka yang paling ramai peminumnya (pengikutnya). Dan aku berharap, akulah yang paling ramai pengikutnya.” (HR at-Termizi)
“Telagaku (panjang & lebarnya) satu bulan perjalanan, airnya lebih putih daripada susu, baunya lebih harum daripada kasturi, bejananya sebanyak bintang di langit, siapa yang minum darinya, ia tidak akan merasa haus selamanya.” (HR. Bukhari).
Golongan yang paling awal datang ke telaga ini ialah orang-orang fakir dari kaum muhajirin, manakala golongan yang dihalau darinya ialah mereka yang menukar/mengubah agama iaitu orang murtad dan ahli bid’ah.

Untuk mengikuti kuliah di atas, sila klik di sini.

KULIAH KITAB SYARAH AQIDAH ASWJ- Siri 35

OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA

SYARAH KETIGAPULUH TIGA: AHLUS SUNNAH MEYAKINI ADANYA HISAB
Hisab bererti perhitungan, secara syar’i ia bermaksud Allah memperlihatkan kepada hamba-hambaNya tentang amal-amal mereka, sebagaimana firmanNya: “Sesungguhnya kepada Kamilah mereka kembali, kemudian sesungguhnya kewajiban Kamilah membuat perhitungan atas mereka” (QS. Al-Ghasiyyah: 25-26).
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sering berdo’a: اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا (Ya Allah hisablah diriku dengan hisab yang mudah) . Kemudian Aisyah bertanya tentang apakah yang maksud hisab yang mudah? Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: “Allah memperlihatkan kitab (hamba)-Nya kemudian Allah memaafkannya begitu saja. Barangsiapa yang dipersulitkan hisabnya, maka ia akan binasa.” (HR. Ahmad, al-Hakim & Ibnu Abi ‘Asyim).
Firman Allah: “Dan para saksi akan berkata:’Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Rabb mereka.’ Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) kepada orang yang zalim.” (QS. Hud: 18).
Semasa manusia dihisab, Allah membawa 6 saksi; iaitu,
(1)Suratan amal (QS. Al-Isra’: 13-14);
(2) Anggota mereka yang enam: lidah, tangan & kaki mereka (QS. An-Nur:24, Yaasin:65), pendengaran, penglihatan & kulit mereka (QS. Fussilat:20);
(3) Malaikat (QS. Qaf:21);
(4) Bumi (QS. Al-Zalzalah:4);
(5) Harta ( HR. Muslim: ‘Sesungguhnya sesiapa yang mengambil harta dengan jalan yang bukan haknya, seperti orang yang makan tetapi tidak kenyang, harta itu akan menjadi saksi pada hari Kiamat.’);
(6) Manusia iaitu para Rasul (QS. An-Nisa’:41)
Bagi orang kafir, seluruh amalan baik mereka akan dijadikan seperti debu beterbangan dan tidak ada nilainya di sisi Allah, seperti firmanNya:
“Dan Kami hadapkan seluruh amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal-amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan.” (QS Al-Furqan: 23)
Hisab ini dilakukan terhadap semua manusia dan ada kaum mukminin yang masuk Syurga tanpa hisab, seperti sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Tujuhpuluh ribu orang akan masuk Syurga tanpa hisab. Mereka adalah orang-orang yang tidak berubat dengan cara kay (besi panas), tidak meminta ruqyah/jampi, tidak bertathayyur (rasa sial) dan hanya bertawakkal kepada Allah semata-mata.”

Untuk mengikuti kuliah di atas, sila klik di sini.

KULIAH KITAB IMAN – Siri 18

OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA

SAMBUNGAN : Dalil Beriman Kepada Hari Akhirat Dan Bantahan Orang Yang Mengingkarinya

Allah SWT berkuasa menghidupkan yang mati (Al-Haj:5, Al-Qiyamah: 37-40, Fussilat: 39, Al-Mukminun: 115, Al-Qiyamah: 36). Ayat-ayat ini meyakinkan bahawa beriman dengan kebangkitan pada hari akhirat, hisab amalan dan balasan adalah di antara tuntuan mentauhidkan Allah pada sifat-sifatNYa yang sempurna dan nama-namaNya yang mulia. Beriman dengan demikian adalah ukuran kepada ukuran kepada rukun iman yang pertama iaitu beriman kepada Allah. Sesiapa yang mengingkarinya bermakna ia tidak beriman kepada Allah.

Pentafsilan/Perincian Beriman Kepada Hari Akhirat

Beriman dengan rukun iman tidak sempurna melainkan dengan berhimpunnya 2 perkara:
1. Beriman adanya hari akhirat secara ijmal/umum
2. Beriman kepada segala berita yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW mengenai perkara-perkara ghaib yang berlaku selepas mati.

Antara perkara-perkara yang diterangkan oleh Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih yang wajib kita beriman dengannya ialah:

1. Fitnah Dalam Kubur Dan Soalan Malaikat
Dua Malaikat yang akan menanyakan soalan mengenai Tuhan, agama dan Rasul sebagaimana tersebut dalam beberapa hadis yang sahih.Antaranya:
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang hamba diletak didalam kubur dan sahabat handainya berpaling balik, sesungguhnya ia mendengar derap selipar mereka. Baginda meneruskan: Datang kepada hamba itu dua malaikat, kemudian kedua-dua membangunkan lelaki itu dn menanya: Apakah engkau telah katakan terhadap Muhammad? Jika ia seorang mukmin ia akan menjawab: Saya menyaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan RasulNya, lalu dikatakan kepadanya: Lihatlah kelak didalam syurga. Sambung baginda lagi: Ia dapat melihat kedua-dua tempat kediamannya. Berkata Qatadah:’ Maka dibuka luas baginya didalam kubur itu seluas tujuhpuluh hasta dan tempat kediamannya dipenuhi dengan kehijauan hingga hari kebangkitan.’ Adapun orang munafik dan kafir akan ditanya Apakah kamu telah katakan terhadap lelaki ini? Ia menjawab: Aku tidak tahu, aku ikut apa yang diperkatakan manusia.Lalu dikatakan kepadanya: Engkau tidak memahami dan tidak ikut orang yang mengetahui. Ia dipukul dengan pemukul besi dengan pukulan yang ia menjerit kesakitan, didengar oleh semua kecuali manusia dan jin. (HR Mutafaq Alaih, HR Abu Dawud mengenai pemukul).

Untuk mengikuti kuliah di atas, sila klik di sini.

  • ARKIB


  • View My Stats