OLEH: USTAZ MOHD. KHAIRIL ANWAR

KITAB MENGQASARKAN SOLAT KETIKA SAFAR

BAB KELENGKAPAN SOLAT

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ عَامِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي وَهُوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلِأَبِي الْعَاصِ بْنِ رَبِيعَةَ بْنِ عَبْدِ شَمْسٍ فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا

Yahya menceritakan kepadaku, dari Malik, dari Amir bin Abdillah bin Az-Zubair, dari Amr bin Sulaim Az-Zuraqi, dari Abu Qatadah Al Anshari bahwa Rasulullah ﷺ solat dengan membawa (Menggendong) Umamah, anak Zainab binti Rasulullah ﷺ dan Abu Al Ash bin Rabi’ah bin Abdi Syams. Ketika sujud beliau meletakkannya dan ketika berdiri beliau menggendongnya.”

وَحَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلَائِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلَائِكَةٌ بِالنَّهَارِ وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلَاةِ الْعَصْرِ وَصَلَاةِ الْفَجْرِ ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ فَيَسْأَلُهُمْ وَهُوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ

Telah menceritakan kepadaku dari Malik dari Abu Az Zinad dari Al A’raj dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah ﷺ bersabda: “Malaikat malam dan Malaikat siang bergantian dalam menjaga kalian. Mereka berkumpul pada solat asar dan shalat fajar. Kemudian malaikat yang menjaga kalian di waktu malam naik, Allah lalu bertanya kepada mereka – dan Allah lebih tahu dengan keadaan mereka-: “Bagaimana keadaan para hamba-Ku saat kalian tinggalkan?” mereka menjawab, “Kami meninggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami mendatangi mereka juga dalam keadaan solat.”

وَحَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ لِلنَّاسِ فَقَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ أَبَا بَكْرٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِذَا قَامَ فِي مَقَامِكَ لَمْ يُسْمِعْ النَّاسَ مِنْ الْبُكَاءِ فَمُرْ عُمَرَ فَلْيُصَلِّ لِلنَّاسِ قَالَ مُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ لِلنَّاسِ قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ لِحَفْصَةَ قُولِي لَهُ إِنَّ أَبَا بَكْرٍ إِذَا قَامَ فِي مَقَامِكَ لَمْ يُسْمِعْ النَّاسَ مِنْ الْبُكَاءِ فَمُرْ عُمَرَ فَلْيُصَلِّ لِلنَّاسِ فَفَعَلَتْ حَفْصَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكُنْ لَأَنْتُنَّ صَوَاحِبُ يُوسُفَ مُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ لِلنَّاسِ فَقَالَتْ حَفْصَةُ لِعَائِشَةَ مَا كُنْتُ لِأُصِيبَ مِنْكِ خَيْرًا

Telah menceritakan kepadaku dari Malik dari Hisyam bin Urwah dari Bapanya dari Aisyah isteri Nabi ﷺ, bahwa Rasulullah ﷺ bersabda: “Temuilah Abu Bakar, suruh dia solat mengimami orang-ramai.” Aisyah berkata; “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Bakar, jika ia menggantikan posisimu (sebagai imam), nescaya orang-ramai tidak akan boleh mendengar suaranya kerana tangisannya. Suruhlah Umar untuk mengimami orang-ramai.” Beliau bersabda: “Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami orang-ramai.” Aisyah berkata; “Aku lalu berkata kepada Hafshah, “Sampaikanlah kepada Rasulullah, bahwa ‘jika Abu Bakar menggantikan posisimu (sebagai imam), nescaya orang-ramai tidak akan boleh mendengar suaranya kerana tangisannya’ berdiri pada tempat anda, mereka tidak akan boleh mendengarnya kerana tangisannya. Suruhlah Umar untuk mengimami orang-orang.” Hafshah pun melaksanakannya. Rasulullah ﷺ bersabda: “Kalian seperti saudara-saudara Yusuf! Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami orang-ramai.” Hafshah berkata kepada Aisyah; “Sungguh saya tidak lebih baik daripadamu (tidak berhasil) .”

KLIK DI SINI UNTUK MENGIKUTI AUDIO KULIAH DI ATAS.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.