OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA

Sambungan 17. SERBAN RASULULLAH ﷺ

Dari Ibnu Umar, ia berkata, ” Apabila memakai serban, Rasulullah ﷺ menjulurkan hujung serban itu di antara dua bahu beliau. (HR At-Tirmidzi)

Nafi’ berkata, ” Ibnu Umar juga melakukan begitu.”
Ubaidullah berkata, ” Aku melihat Al-Qasim bin Muhammad dan Salim juga melakukan hal yang sama.”

Dari Ibnu Abbas, ia berkata, ” Rasulullah ﷺ menyampaikan khutbah di hadapan orang-ramai dan beliau memakai serban berwarna hitam. (HR. At-Tirmidzi dan Al-Bukhari)

18. KAIN SARUNG RASULULLAH ﷺ

Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata, ” Aisyah menunjukkan kepada kami sehelai kain (yakni dipakai sebelah atas) yang renyuk dan kain sarung yang kasar. Kata Aisyah, ‘ Inilah dua helai kain yang dipakai oleh Rasulullah ﷺ ketika nyawanya dicabut.” (HR. At-Tirmidzi, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)

Dari Huzaifah Ibnu Yaman, ia berkata, ” Rasulullah ﷺ memegang betisku atau betisnya, lalu berkata, ‘ Inilah batas hujung kain sarung. Jika kamu tidak suka, jangan pula membiarkannya sampai menutupi kedua mata kakimu.‘ ” (HR. At-Tirmidzi, dan An-Nasa’i)

Klik di sini untuk mengikuti audio kuliah di atas.

Related posts:

  1. KULIAH KITAB AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH – Siri 38 OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA 53. USIA RASULULLAH ﷺ Dari Ibnu...
  2. KULIAH KITAB AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH – Siri 39 OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA Sambungan 54. KEWAFATAN RASULULLAH ﷺ Dari...
  3. KULIAH KITAB AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH – Siri 37 OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA Sambungan 52. KEHIDUPAN RASULULLAH ﷺ Dari...
  4. KULIAH KITAB AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH – Siri 40 OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA Sambungan 54. KEWAFATAN RASULULLAH ﷺ Dari...
  5. KULIAH KITAB AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH – Siri 36 OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA 51. NAMA-NAMA RASULULLAH ﷺ Dari Jubair...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.