Bersama memartabatkan Al-Qur'an & As-Sunnah
KULIAH KITAB AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH – Siri 6
4. UBAN RASULULLAH ﷺ
37. Qatadah bertanya kepada Anas bin Malik: ” Pernahkah Rasulullah ﷺ mencelup rambutnya? ” Anas bin Malik rnenjawab, “Beliau tidak pernah melakukannya. Meskipun sudah ada beberapa helai uban di kedua-dua pelipisnya. Namun begitu, Abu Bakar pernah mencelup rambutnya dengan inai dan al-katam.
(HR. At-Tirmizi, Al-Bukhari, Muslim dan An-Nasa’i )
38. Anas bin Malik berkata: ” Aku hanya menemukan empat belas helai uban di rambut dan janggut Rasulullah ﷺ .” (HR. At-Tirmizi dan Ahmad)
39. Jabir bin Samurah berkata: ” Apabila Rasulullah ﷺ memakai minyak di rambutnya, ubannya tidak kelihatan. Apabila beliau tidak memakai minyak di rambutnya, akan terlihatlah sedikit uban. ” (HR. At-Tirmizi, Muslim dan An-Nasa’i )
40. Abdullah bin Umar berkata: “Uban Rasulullah ﷺ hanya lebih kurang dua puluh helai.” (HR. At-Tirmizi dan lbnu Majah)
41. Dari Ibnu Abbas bahawa Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, kamu sudah beruban!” Rasulullah ﷺ berkata pula, “Ubanku ini disebabkan oleh surah Hud, Al-Waqi’ah, Al-Mursalat, An-Naba’ dan at-Takwir.” (HR. At-Tirmizi)
42. Abu Juhaifah melaporkan, para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kamu sudah beruban!” Rasulullah ﷺ membalas. “Ubanku ini disebabkan oleh surah Hud dan yang sama jenis dengannya.” (HR. At-Tirmizi)
43. Abu Rimtsah at-Taymi berkata: Aku pergi bertemu dengan Rasulullah ﷺ bersama seorang anakku menunjukkan Rasulullah kepadanya.
Aku berkata kepada anakku, “Inilah Nabi Allah ﷺ”. Beliau memakai pakaian berwarna hijau. Rambutnya sudah beruban dan ubannya berwarna merah. (HR. At-Tirmizi, Abu Dawud dan An-Nasa’i)
44. Simak bin Harb merekodkan pertanyaan seseorang kepada Jabir ‘bin Samurah: Adakah kepala Rasulullah ﷺ mempunyai uban? Jabir bin Samurah menjawab, “Di kepala Rasulullah ﷺ tidak ada uban kecuali beberapa helai di belahan rambutnya yang tertutup minyak, apabila beliau memakainya.” (HR. At-Tirmizi, Muslim dan An-Nasa’i)
Klik di sini untuk mengikuti audio kuliah di atas.
Related posts:
- KULIAH KITAB AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH – Siri 10 OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA 9. ‘ISY RASULULLAH ﷺ ‘Isy adalah...
- KULIAH KITAB AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH – Siri 11 OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA 11. SANDAL RASULULLAH ﷺ 74. Qatadah...
- KULIAH KITAB AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH – Siri 16 OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA 19. CARA RASULULLAH ﷺ BERJALAN 119....
- KULIAH KITAB AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH – Siri 15 OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA Sambungan 15. SERBAN RASULULLAH ﷺ Dari...
- KULIAH KITAB AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH – Siri 17 OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA 23. CARA RASULULLAH ﷺ BERSANDAR 131....
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Recent Comments