1) Mula dicipta pada tahun 40 Hijrah hasil perselisihan antara ‘Ali RA dan Mu’aa-wiyah RA yang melahirkan dua firqah iaitu Syii-’ah dan Khawaa-rij. Perselisihan politik adalah asal usul/pangkal kepada penciptaan hadith-hadith palsu.

2) Hadith palsu yang mula-mula dicipta ialah mengenai kemuliaan peribadi yang dibuat oleh Syii’ah.

3) Tempat dan pusat penciptaan hadith-hadith palsu adalah di Iraq:
- Kata Imam Maa-lik: Iraq adalah negeri pencetak dan penyebar hadith-hadith palsu.
- Kata Imam az-Zuhri: Kami meriwayatkan hadith (panjangnya) sejengkal, tapi bila masuk ke Iraq ia menjadi sedepa.

4) Dalam rangka memuliakan Ali RA dan keluarganya, puak Syii’ah mencipta sekitar 300,000 hadith palsu.

5) Kemudian penciptaan hadith-hadith palsu ini muncul dengan sebab-sebab yang lain:
1 – Perselisihan fekah dab mazhab.
2 Membangkit keghairahan beribadat:
- Nuh bin Abu Maryam telah mencipta hadith keutamaan surah-surah al-Quran.
3 – Memikat golongan awam dengan kisah-kisah dan cerita-cerita.
4 – Mengampu pemerintah.
5 – Melariskan jualan.

Disediakan oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja al-Maniri

Daftar Rujukan:

1) as-Sunnah Wa Makaa-natuha Fi at-Tasyrii’ al-Islaa-mi, Dr Mushthofa as-Sibaa-’ie.
2) Ushul al-Hadith, Dr Muhammad ‘Ijaa-j alKhothii-b.
3) Taisii-r Mustholah al-Hadii-th, Dr Mahmuu-d at-Thohaa-n.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.