KULIAH KITAB AL MUWATTA’ IMAM MALIK- SIRI 66

OLEH: USTAZ MOHD. KHAIRIL ANWAR

KITAB MENGQASARKAN SOLAT KETIKA SAFAR

BAB MENYAPU KERIKIL KETIKA SOLAT

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ الْقَارِئِ أَنَّهُ قَالَ رَأَيْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ إِذَا أَهْوَى لِيَسْجُدَ مَسَحَ الْحَصْبَاءَ لِمَوْضِعِ جَبْهَتِهِ مَسْحًا خَفِيفًا

Yahya menceritakan kepadaku, dari Malik, dari Abu Ja’far Al Qari’ bahawa ia berkata, “Aku melihat Abdullah bin Umar apabila hendak sujud sedikit menyapu kerikil untuk tempat meletakkan dahinya.”

وَحَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ أَبَا ذَرٍّ كَانَ يَقُولُ مَسْحُ الْحَصْبَاءِ مَسْحَةً وَاحِدَةً وَتَرْكُهَا خَيْرٌ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ

Ia menceritakan kepadaku, dari Malik, dari Yahya bin Sa’id bahawa ia mendengar Abu Dzar berkata, “Menyapu kerikil dengan satu kali sapuan (boleh dilakukan). Tetapi meninggalkannya lebib baik daripada mendapatkan unta merah.”

BAB MELURUSKAN SAF

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ يَأْمُرُ بِتَسْوِيَةِ الصُّفُوفِ فَإِذَا جَاءُوهُ فَأَخْبَرُوهُ أَنْ قَدْ اسْتَوَتْ كَبَّرَ

Yahya menceritakan kepadaku, dari Malik, dari Nafi’ bahawa Umar bin Khattab menyuruh (beberapa orang) meluruskan saf. Ketika mereka datang dan memberitahu kepadanya bahawa saf telah lurus, ia bertakbiratul ihram.

وَحَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ عَمِّهِ أَبِي سُهَيْلِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ فَقَامَتْ الصَّلَاةُ وَأَنَا أُكَلِّمُهُ فِي أَنْ يَفْرِضَ لِي فَلَمْ أَزَلْ أُكَلِّمُهُ وَهُوَ يُسَوِّي الْحَصْبَاءَ بِنَعْلَيْهِ حَتَّى جَاءَهُ رِجَالٌ قَدْ كَانَ وَكَلَهُمْ بِتَسْوِيَةِ الصُّفُوفِ فَأَخْبَرُوهُ أَنَّ الصُّفُوفَ قَدْ اسْتَوَتْ فَقَالَ لِي اسْتَوِ فِي الصَّفِّ ثُمَّ كَبَّرَ

Ia menceritakan kepadaku, dari Malik, dari pamannya yakni Abu Suhail bin Malik, dari ayahnya, bahawa ia berkata, “Aku bersama Utsman bin Affan. Iqamah dikumandangkan, aku meminta kepadanya agar ia menyuruhku dan aku terus memintanya, sedangkan ia meratakan kerikil dengan sandal. Sehingga, ketika beberapa orang yang ia tugaskan untuk meluruskan saf datang kepadanya kemudian memberitahu bahawa saf telah lurus, ia berkata kepadaku, `Luruskanlah saf’. Lalu ia pun bertakbir.”

Klik di sini untuk mengikuti audio kuliah di atas.

KITAB NAILUL AUTHAR: JENAZAH – SIRI 20

OLEH: USTAZ MOHD. ZAIN MOHD. NOH

SAMBUNGAN BAB MENANAM MAYAT DAN HUKUM-HUKUM TENTANG KUBUR

11. BAB MEMBUAT MAKANAN UNTUK KELUARGA MAYAT, DAN LARANGAN BAGI KELUARGANYA MEMBUAT MAKANAN UNTUK ORANG LAIN.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرٍ حِينَ قُتِلَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اصْنَعُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا ، فَقَدْ أَتَاهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ . رَوَاهُ الْخَمْسَةُ إلَّا النَّسَائِيّ

Dari Abdullah bin Ja’far, ia berkata: Tatkala datang berita kematian Ja’far, iaitu ketika ia terbunuh, Nabi ﷺ bersabda: “Hendaklah kamu membuat makanan untuk keluarga Ja’far, kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka sesuatu yang menyibukkan mereka”. (HR. Imam yang lima, kecuali An-Nasa’i).

وَعَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ : كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ مِنْ النِّيَاحَةِ. رَوَاهُ أَحْمَدُ

Dari Jarir bin ‘Abdullah Al-Bajalie, ia berkata: Kami menganggap berkumpul-kumpul di (rumah) keluarga si mayat dan membuat makanan sesudah mengkuburkannya, adalah termasuk meratap. (HR. Ahmad).

وَعَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَا عَقْرَ فِي الْإِسْلَامِ رَوَاهُ أَحْمَدُ وَأَبُو دَاوُد وَقَالَ : قَالَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ : كَانُوا يَعْقِرُونَ عِنْدَ الْقَبْرِ بَقَرَةً أَوْ شَاةً فِي الْجَاهِلِيَّةِ

Dan dari Anas, bahwa Nabi ﷺ bersabda: ”Tidak ada penyembelihan (di kubur) dalam Islam“. (HR. Ahmad dan Abu Dawud). Abu Dawud berkata: ‘Abdurrazaq berkata: Mereka (biasa) menyembelih sapi atau kambing di kuburan, pada masa Jahiliyah.

12. BAB MENANGISI MAYAT DAN PENJELASAN TENTANG LARANGANNYA

عَنْ جَابِرٍ قَالَ : « أُصِيبَ أَبِي يَوْمَ أُحُدٍ فَجَعَلْتُ أَبْكِي ، فَجَعَلُوا يَنْهَوْنِي وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنْهَانِي ، فَجَعَلَتْ عَمَّتِي فَاطِمَةُ تَبْكِي ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَبْكِينَ أَوْ لَا تَبْكِينَ مَا زَالَتْ الْمَلَائِكَةُ تُظِلُّهُ بِأَجْنِحَتِهَا حَتَّى رَفَعْتُمُوهُ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Jabir, ia berkata: Ayahku ditimpa musibah pada hari peperangan Uhud, lalu aku menangis, kemudian mereka (para shahabat) melarang aku, sedang Rasulullah ﷺ (sendiri) tidak melarang aku. Lalu bibikku, Fatimah, (juga) menangis. Lalu Nabi ﷺ bersabda: “Engkau menangis ataupun tidak, Malaikat tetap menaunginya dengan sayap-sayap mereka, sehingga kamu mengangkatnya“. (HR. Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim).

وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : « مَاتَتْ زَيْنَبُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَكَتْ النِّسَاءُ فَجَعَلَ عُمَرُ يَضْرِبُهُنَّ بِسَوْطِهِ ، فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ وَقَالَ : مَهْلًا يَا عُمَرُ ، ثُمَّ قَالَ : إيَّاكُنَّ وَنَعِيقَ الشَّيْطَانِ ثُمَّ قَالَ : إنَّهُ مَهْمَا كَانَ مِنْ الْعَيْنِ وَالْقَلْبِ فَمِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَمِنْ الرَّحْمَةِ ، وَمَا كَانَ مِنْ الْيَدِ وَاللِّسَانِ فَمِنْ الشَّيْطَانِ » رَوَاهُ أَحْمَدُ

Dan dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata: Zainab binti Rasulullah ﷺ meninggal dunia, lalu para wanita menangis. Kemudian ‘Umar memukul mereka dengan cambuknya. Lalu Rasulullah ﷺ memegang tangan ‘Umar sambil bersabda: ” Sabar, ya ‘Umar!” Kemudian ia bersabda: ” Takutlah kamu meraung-raung yang berasal dari syaitan.” Kemudian ia bersabda (lagi): ” Kerana sesungguhnya bila tangisan itu hanya sekadar mengeluarkan air mata dan kesedihan hati, maka ia itu berasal dari Allah dan perasaan hiba. Dan bila (tangisan) itu diikuti perbuatan tangan dan lisan (meraung), maka ia itu berasal dari syaitan.” (HR Ahmad).

وَعَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : « اشْتَكَى سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ شَكْوَى لَهُ ، فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ مَعَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ ، وَسَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، فَلَمَّا دَخَلَ عَلَيْهِ وَجَدَهُ فِي غَشِيَّةٍ ، فَقَالَ : قَدْ قَضَى فَقَالُوا : لَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، فَبَكَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا رَأَى الْقَوْمُ بُكَاءَهُ بَكَوْا ؛ قَالَ : أَلَا تَسْمَعُونَ أَنَّ اللَّهَ لَا يُعَذِّبُ بِدَمْعِ الْعَيْنِ وَلَا بِحُزْنِ الْقَلْبِ وَلَكِنْ يُعَذِّبُ بِهَذَا ، وَأَشَارَ إلَى لِسَانِهِ أَوْ يَرْحَمُ

Dan dari Ibnu ‘Umar, ia berkata: Sa’ad ‘bin Ubadah mengadukan sakitnya, lalu Nabi ﷺ datang menziarahinya bersama Abdurrahman bin ‘Auf, Sa’ad bin Abi Waqqas, dan Abdullah bin Mas’ud. Kemudian tatkala Nabi ﷺ masuk kepadanya, ia menjumpainya dalam keadaan sangat kritikal. Lalu Nabi ﷺ bertanya: “Apakah ia sudah mati? ” Lalu mereka menjawab:”Belum, ya Rasulullah”. Lalu Rasulullah ﷺ menangis. Ketika orang-orang melihat Nabi ﷺ menangis, mereka pun menangis. Nabi bertanya: “ Apakah kalian tidak mendengar? Sesungguhnya Allah tidak akan menyiksa sebab mengalirnya air mata dan tidak pula susahnya hati, tetapi Allah akan menyeksa atau memberi rahmat sebab ini,” sambil berisyarat ke lisannya. (HR. Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim).

وَعَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ : كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَأَرْسَلَتْ إلَيْهِ إحْدَى بَنَاتِهِ تَدْعُوهُ وَتُخْبِرُهُ أَنَّ صَبِيًّا لَهَا فِي الْمَوْتِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ارْجِعْ إلَيْهَا فَأَخْبِرْهَا أَنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى ، وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى ، فَمُرْهَا فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ ، فَعَادَ الرَّسُولُ فَقَالَ : إنَّهَا أَقْسَمَتْ لَتَأْتِيَنَّهَا ، قَالَ : فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَامَ مَعَهُ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ وَمُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ ، قَالَ : فَانْطَلَقْتُ مَعَهُمْ ، فَرُفِعَ إلَيْهِ الصَّبِيُّ وَنَفْسُهُ تَقَعْقَعُ كَأَنَّهَا فِي شَنَّةٍ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ ، فَقَالَ سَعْدٌ : مَا هَذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : هَذِهِ رَحْمَةٌ جَعَلَهَا اللَّهُ فِي قُلُوبِ عِبَادِهِ ، وَإِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِمَا

Dan dari Usamah bin Zaid, ia berkata: Kami pernah berada di tempat Nabi ﷺ, lalu salah seorang puterinya mengutus (seseorang) memanggil dan memberitahu kepada Nabi ﷺ, bahawa cucunya meninggal dunia. Lalu Rasulullah ﷺ menyuruh kepada utusan itu: “Kembalilah kepadanya dan beritahulah, bahwa sesungguhnya milik Allah-lah apa yang telah Ia ambil, dan milik-Nya juga apa yang Ia berikan, dan segala sesuatu itu di tangan Allah dengan batas waktu tertentu. Kerana itu, suruhlah dia bersabar dan mencari redha Allah.” Lalu utusan itu kembali (lagi) dan berkata. Sesungguhnya ia bersumpah agar engkau datang kepadanya. Usamah berkata: Lalu Nabi ﷺ berdiri, dan Sa’ad bin Ubadah serta Mu’adz bin Jabal pun berdiri bersamanya. Usamah berkata: Aku berangkat bersama mereka, lalu anak itu diangkatkan kepadanya, sedang nafas Nabi berbunyi seolah-olah seperti suara qirbah yang kering, lalu berlinanglah kedua matanya. Lalu Sa’ad bertanya: Apa ini ya Rasulullah? Nabi ﷺ menjawab: “Ini adalah kasih sayang yang diletakkan Allah ke dalam hati hamba-hamba-Nya yang penyayang.” (HR Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim).

وَعَنْ عَائِشَةَ : أَنَّ سَعْدَ بْنَ مُعَاذٍ لَمَّا مَاتَ حَضَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ ، قَالَتْ : فَوَاَلَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، إنِّي لَأَعْرِفُ بُكَاءَ أَبِي بَكْرٍ مِنْ بُكَاءِ عُمَرَ وَأَنَا فِي حُجْرَتِي . رَوَاهُ أَحْمَدُ

Dari ‘Aisyah, bahawa Sa’ad bin Mu’adz ketika ia meninggal dunia, Rasulullah ﷺ, Abu Bakar dan ‘Umar menghadlirinya. ‘Aisyah berkata: Demi Dzat yang diriku dalam kekuasaan-Nya, sungguh aku lebih mengetahui tangisan Abu Bakar daripada tangisan ‘Umar, sedang aku berada di dalam kamarku. (HR Ahmad).

وَعَنْ ابْنِ عُمَرَ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا قَدِمَ مِنْ أُحُدٍ سَمِعَ نِسَاءً مِنْ عَبْدِ الْأَشْهَلِ يَبْكِينَ عَلَى هَلْكَاهِنَّ ، فَقَالَ : لَكِنْ حَمْزَةُ لَا بَوَاكِيَ لَهُ ، فَجِئْنَ نِسَاءُ الْأَنْصَارِ فَبَكَيْنَ عَلَى حَمْزَةَ عِنْدَهُ ، فَاسْتَيْقَظَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا وَيْحَهُنَّ أَنْتُنَّ هَاهُنَا تَبْكِينَ حَتَّى الْآنَ ، مُرُوهُنَّ فَلْيَرْجِعْنَ وَلَا يَبْكِينَ عَلَى هَالِكٍ بَعْدَ الْيَوْمِ . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَابْنُ مَاجَهْ

Dan dari Ibnu ‘Umar, bahawa Rasulullah ﷺ ketika datang dari Uhud, ia mendengar perempuan dari (keturunan) ‘Abdul Asy-hal sedang menangisi keluarganya yang meninggal. Lalu Nabi bersabda:” Akan tetapi (terhadap) Hamzah tidak ada orang-orang yang menangisinya.” Lalu datanglah wanita-wanita Ansar, kemudian mereka menangisinya di hadapannya (Nabi). Lalu berdirilah Rasulullah ﷺ sambil bersabda: “Celaka mereka, mengapa baru sekarang menangis? Suruhlah mereka kembali, dan janganlah mereka menangisi orang yang mati sesudah hari ini.” (HR Ahmad, dan Ibnu Majah)

وَعَنْ جَابِرِ بْنِ عَتِيكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ يَعُودُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ ثَابِتٍ فَوَجَدَهُ قَدْ غُلِبَ ، فَصَاحَ بِهِ فَلَمْ يُجِبْهُ ، فَاسْتَرْجَعَ وَقَالَ : غُلِبْنَا عَلَيْك يَا أَبَا الرَّبِيعِ ، فَصَاحَ النِّسْوَةُ وَبَكَيْنَ ، فَجَعَلَ ابْنُ عَتِيكٍ يُسَكِّنُهُنَّ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : دَعْهُنَّ فَإِذَا وَجَبَ فَلَا تَبْكِيَنَّ بَاكِيَةٌ قَالُوا : وَمَا الْوُجُوبُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : الْمَوْتُ . رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالنَّسَائِيُّ

Dan dari Jabir bin ‘Atiek, bahawa Rasulullah ﷺ datang menziarahi ‘Abdullah bin Tsabit, lalu ia mendapatinya sudah sangat tenat, lalu ia memanggil dengan suara keras, tetapi tidak dijawab, lalu ia mengucapkan “INNA LILLAAHI WA INNA ILAIHI RAAJIUUN” dan bersabda.: “Kami telah dikalahkan olehmu wahai Abu Rabie’ “, lalu berteriaklah kaum wanita dan mereka menangis, lalu Ibnu ‘Atiek berusaha menenangkan mereka. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Biarkanlah mereka, bila sudah pasti jangan ada seorang pun yang menangis.” Mereka bertanya. Apa yang dimaksud “pasti” itu, ya Rasulullah? Ia menjawab: “Mati“. (HR. Abu Dawud dan An-Nasa’i).

Klik di sini untuk mengikuti audio kuliah di atas.

KULIAH KITAB AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH – Siri 9

OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA

8. PAKAIAN RASULULLAH ﷺ

61. Dari Anas bin Malik, ia berkata: ” Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah ﷺ adalah hibarah (kain hibarah ialah kain yang berasal dari Yaman dan diperbuat daripada kapas, warna hijau berjalur). (HR. At-Tirmizi, Al-Bukhari, Muslim dan An-Nasa’i )

62. Abu Juhaifah berkata: ” Aku melihat Rasulullah ﷺ memakai pakaian (iaitu dua helai kain) berwarna merah. Aku seolah-olah melihat kilauan cahaya memancar dari kedua-dua betis beliau. Sufyan Ath-Thawri berkata, “Pada pendapatku, pakaian yang dimaksudkan berwarna merah itu adalah hibarah.” (HR. At-Tirmizi, Al-Bukhari, Muslim Abu Dawud dan An-Nasa’i).

63. Dari Al-Bara’ bin Azib, ia berkata: “Aku tidak pernah melihat seorang pun manusia yang lebih indah apabila mengenakan pakaian berwarna merah, daripada Rasulullah ﷺ . Rambut beliau pula hampir menyentuh bahu beliau.” (HR. At-Tirmizi, Al-Bukhari dan An-Nasa’i)

64. Abi Rimtsah berkata.: ” Aku melihat Rasululiah ﷺ memakai dua helai pakaian daripada kain burdah berwarna hijau.” (HR. At-Tirmizi, Abu Dawud dan An-Nasa’i)

65. Dari Qailah binti Makhramah, ia berkata:” Aku melihat Rasulullah ﷺ memakai dua helai pakaian daripada kain tenun yang sudah usang. Kedua-dua helai pakaian itu dicelup dengan za’faran. Warna pakaian itu mulai luntur.” (HR. At-Tirmizi)

66. Ibu Abbas meriwayatkan, Rasulullah ﷺ bersabda: ” Hendaklah kalian berpakaian putih. Kalian yang masih hidup hendaklah memakai pakaian berwarna putih. Pakaikan kain kafan berwarna putih juga bagi mereka yang meninggal dunia. Sebab, pakaian berwarna putih adalah sebaik-baik pakaian untuk kalian.” (HR. At-Tirmizi, Abu Dawud dan lbnu Majah)

67. Samurah bin Jundub meriwayatkankan, Rasulullah ﷺ bersabda: “Pakailah pakaian berwarna putih, sebab ia lebih suci dan lebih baik. Pakaikanlah kain kafan berwarna putih kepada mereka yang sudah meninggal dunia“. (HR. At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

68. Aisyah berkata: ” Pada suatu pagi, Rasulullah ﷺ keluar dari rumah. Beliau memakai pakaian yang diperbuat daripada bulu berwarna hitam. (HR. At-Tirmizi, Muslim dan Abu Dawud)

69. Al-Mughirah bin Syu’bah berkata: ” Rasulullah ﷺ pernah memakai jubah Romawi yang sempit di kedua lengannya.” (HR. At-Tirmizi, Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa’i)

Klik di sini untuk mengikuti audio kuliah di atas.

KITAB NAILUL AUTHAR: JENAZAH – SIRI 19

OLEH: USTAZ MOHD. ZAIN MOHD. NOH

SAMBUNGAN BAB MENANAM MAYAT DAN HUKUM-HUKUM TENTANG KUBUR

10. BAB TAKZIYAH KEPADA ORANG YANG MENDAPAT MUSIBAH, PAHALA KESABARANNYA, MENYURUH SABAR DAN BACAAN YANG HARUS DIUCAPKAN KETIKA MENDAPAT MUSIBAH

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إلَّا كَسَاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ حُلَلِ الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ . رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ

Dari Abdullah bin Muhammad bin Abu Bakar bin ‘Amr bin Hazin, dari ayahnya, dari datuknya, dari Nabi ﷺ, ia bersabda: “Tidak ada seorang mukmin pun yang takziyah kepada saudaranya kerana suatu musibah, melainkan Allah ‘Azza wa Jalla memberi pakaian kepadanya dengan perhiasan yang mulia pada hari kiamat.“. (HR. Ibnu Majah).

وَعَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إنَّمَا الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُولَى . رَوَاهُ الْجَمَاعَةُ

Dan dari Anas, bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Sabar itu hanya pada awal kejadian“. (HR. Al-Jama’ah).

وَعَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ : سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ : إنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إلَّا أَجَرَهُ اللَّهُ فِي مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا ، قَالَتْ : فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ قَالَتْ : مَنْ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ صَاحِبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَتْ : ثُمَّ عَزَمَ اللَّهُ لِي فَقُلْتُهَا ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا ، قَالَتْ : فَتَزَوَّجْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَمُسْلِمٌ وَابْنُ مَاجَهْ

Dan dari Ummu Salamah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: ” Tidak seorang hamba pun yang mendapat musibah, lalu ia berkata: ‘ إنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إلَّا أَجَرَهُ اللَّهُ فِي مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا’ ‘ (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya.) melainkan Allah memberikan pahala kepadanya kerana musibahnya itu, dan memberi ganti yang lebih baik daripadanya. Ummu Salamah berkata: Maka ketika Abu Salamah meninggal durna, aku berkata: Siapakah yang lebih baik dari Abu Salamah, sahabat Rasulullah ﷺ itu (?) Ummu Salamah berkata: Kemudian Allah memantapkan keimananku, lalu aku mengucapkannya, اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا. Ummu Salamah berkata: Lalu aku kahwin dengan Rasulullah ﷺ (HR. Ahmad, Muslim, dan Ibnu Majah).

Klik di sini untuk mengikuti audio kuliah di atas.

KULIAH KITAB AL MUWATTA’ IMAM MALIK- SIRI 65

OLEH: USTAZ MOHD. KHAIRIL ANWAR

KITAB MENGQASARKAN SOLAT KETIKA SAFAR

BAB LARANGAN KERAS BERJALAN DI DEPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ يُصَلِّي فَلَا يَدَعْ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ وَلْيَدْرَأْهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ

Yahya menceritakan kepadaku, dari Malik, dari Zaid bin Aslam, dari Abdurrahman bin Abu Sa’id Al Khudri, dari ayahnya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila salah seorang di antara kalian solat, janganlah ia membiarkan seorang pun yang melintas di depannya dan hendaknya ia menghadang (orang yang akan melintas didepannya) semampunya. Jika orang tersebut tidak mahu, hendaknya ia membunuhnya (yakni menolaknya dengan kuat), kerana ia adalah syaitan.

وَحَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ أَنَّ زَيْدَ بْنَ خَالِدٍ الْجُهَنِيَّ أَرْسَلَهُ إِلَى أَبِي جُهَيْمٍ يَسْأَلُهُ مَاذَا سَمِعَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَارِّ بَيْنَ يَدَيْ الْمُصَلِّي فَقَالَ أَبُو جُهَيْمٍ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ قَالَ أَبُو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أَوْ شَهْرًا أَوْ سَنَةً

la menceritakan kepadaku, dari Malik dari Abu An-Nadhr hamba Umar bin Ubaidillah, dari Busr bin Sa’id bahawa Zaid bin Khalid Al Juhani mengutusnya ke Abu Juhaim untuk menanyakan apa yang telah ia dengar dari Rasulullah ﷺ tentang orang yang berjalan di depan orang yang sedang solat. Abu Juhaim berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, Seandainya saja orang yang melintasi di depan orang sedang solat mengetahui dosa yang harus ia tanggung, maka jika ia berhenti selama empat puluh akan lebih baik baginya daripada berjalan di depan orang sedang solat.” Abu Nadhr berkata, “Aku tidak tahu apakah beliau berkata empat puluh hari, atau empat puluh bulan, atau empat puluh tahun.”

وَحَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ كَعْبَ الْأَحْبَارِ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ لَكَانَ أَنْ يُخْسَفَ بِهِ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ

la menceritakan kepadaku, dari Malik dari Zaid bin Aslam, dari Atha’ bin Yasar bahawa Ka’ab Al Ahbar berkata, “Sendainya orang yang berjalan di depan orang sedang solat mengetahui dosa yang ia tanggung, maka jika ia ditenggelamkan ke dalam bumi akan lebih baik baginya daripada berjalan di depan orang yang sedang solat.

وَحَدَّثَنِي عَنْ مَالِك أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَكْرَهُ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ أَيْدِي النِّسَاءِ وَهُنَّ يُصَلِّينَ

Ia menceritakan kepadaku, dari Malik, bahawa ia mendengar Abdullah bin Umar membenci orang melintasi di depan wanita yang sedang melaksanakan solat.

وَحَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ لَا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْ أَحَدٍ وَلَا يَدَعُ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ

Ia menceritakan kepadaku, dari Malik, dari Nafi’, bahawa Abdullah bin Umar tidak melintas dan tidak membiarkan seorangpun melintas di depan orang sedang solat

BAB RUKHSAH UNTUK MELINTASI DI DEPAN ORANG SEDANG SOLAT

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ قَالَ أَقْبَلْتُ رَاكِبًا عَلَى أَتَانٍ وَأَنَا يَوْمَئِذٍ قَدْ نَاهَزْتُ الْاحْتِلَامَ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي لِلنَّاسِ بِمِنًى فَمَرَرْتُ بَيْنَ يَدَيْ بَعْضِ الصَّفِّ فَنَزَلْتُ فَأَرْسَلْتُ الْأَتَانَ تَرْتَعُ وَدَخَلْتُ فِي الصَّفِّ فَلَمْ يُنْكِرْ ذَلِكَ عَلَيَّ أَحَدٌ

Yahya menceritakan kepadaku, dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah bin Mas’ud, dari Abdullah bin Abbas, ia berkata, “Aku datang dengan rnenunggang keledai betina, dan pada ketika itu aku telah mendekati usia baligh. Rasulullah ﷺ solat mengimami orang-orang di Mina. Aku berjalan di depan salah satu saf, kemudian turun dan melepas keledai agar ia makan rumput yang ia inginkan. Lalu, aku masuk ke dalam saf dan tidak ada seorang pun yang mengengkariku.”

وَحَدَّثَنِي عَنْ مَالِك أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ سَعْدَ بْنَ أَبِي وَقَّاصٍ كَانَ يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْ بَعْضِ الصُّفُوفِ وَالصَّلَاةُ قَائِمَةٌ. قَالَ مَالِك وَأَنَا أَرَى ذَلِكَ وَاسِعًا إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ وَبَعْدَ أَنْ يُحْرِمَ الْإِمَامُ وَلَمْ يَجِدْ الْمَرْءُ مَدْخَلًا إِلَى الْمَسْجِدِ إِلَّا بَيْنَ الصُّفُوفِ

Ia menceritakan kepadaku, dari Malik, bahawa ia mendengar Sa’ad bin Abu Waqqas berjalan di depan saf, sedangkan solat masih berlangsung.
Malik berkata, “Aku berpendapat hal ini tidak mengapa, ketika iqamah telah dikumandangkan dan imam bertakbiratul ihram, sedangkan seseorang tidak mendapatkan jalan untuk masuk masjid kecuali dari depan saf.”

وَحَدَّثَنِي عَنْ مَالِك أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ قَالَ لَا يَقْطَعُ الصَّلَاةَ شَيْءٌ مِمَّا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْ الْمُصَلِّي

Ia menceritakan kepadaku, dari Malik, bahawa ia mendengar Ali bin Abu Talib berkata, “Solat seseorang itu tidak terputus kerana adanya orang yang berjalan di depannya.”

وَحَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَقُولُ لَا يَقْطَعُ الصَّلَاةَ شَيْءٌ مِمَّا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْ الْمُصَلِّي

Ia menceritakan kepadaku, dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Salim bin Abdillah bahawa Abdullah bin Umar berkata, “Solat seseorang itu tidak terputus kerana adanya orang yang melintasi di depannya.”

BAB SUTRAH SOLAT (PEMBATAS) KETIKA SAFAR

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَسْتَتِرُ بِرَاحِلَتِهِ إِذَا صَلَّى

Yahya menceritakan kepadaku, dari Malik, bahawa ia mendengar Abdullah bin Umar menjadikan untanya sebagai pembatas ketika solat.

Ia menceritakan kepadaku, dari Malik, dari Hisyam bin Urwah, dari ayahnya, bahawa ia solat di padang pasir tanpa memakai pembatas.

Klik di sini untuk mengkuti audio kuliah di atas.

KITAB NAILUL AUTHAR: JENAZAH – SIRI 18

OLEH: USTAZ MOHD. ZAIN MOHD. NOH

SAMBUNGAN BAB MENANAM MAYAT DAN HUKUM-HUKUM TENTANG KUBUR

9. BAB SAMPAINYA PAHALA AMAL QURBAH (MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH) YANG DIHADIAHKAN KEPADA MAYAT

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو : أَنَّ الْعَاصِ بْنَ وَائِلٍ نَذَرَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ أَنْ يَنْحَرَ مِائَةَ بَدَنَةٍ ، وَأَنَّ هِشَامَ بْنَ الْعَاصِ نَحَرَ حِصَّتَهُ خَمْسِينَ ، وَأَنَّ عَمْرًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ : أَمَّا أَبُوكَ فَلَوْ أَقَرَّ بِالتَّوْحِيدِ فَصُمْتَ وَتَصَدَّقْتَ عَنْهُ نَفَعَهُ ذَلِكَ . رَوَاهُ أَحْمَدُ

Dari ‘Abdullah bin ‘Amar, bahawa Al-’Aash bin Waa-il bernadzar pada masa Jahiliyah untuk menyembelih 100 ekor unta, tetapi Hisyam bin ‘Aash hanya menyembelih 50 (ekor) dari nadzarnya itu. Lalu ‘Amr berkata kepada Rasulullah ﷺ tentang hal itu, kemudian beliau ﷺ menjawab: “Adapun ayahmu, seandainya ia beriman, lalu engkau puasa dan bersedekah untuknya, maka yang demikian itu bermanfaat baginya”. (HR. Ahmad).

وَعَنْ عَائِشَةَ « أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إنَّ أُمِّي اُفْتُلِتَتْ نَفْسُهَا ، وَأُرَاهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ ، فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إنْ تَصَدَّقْت عَنْهَا ؟ قَالَ نَعَمْ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dan dari ‘Aisyah, ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi ﷺ: Sesungguhriya ibuku meninggal dunia dengan mendadak, dan aku duga kalau ia (sempat) berkata-kata, (tentu) ia bersedekah, apakah (boleh) ia mendapat pahala kalau aku bersedekah untuknya? Nabi ﷺ menjawab: “Ya“. (HR. Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim).

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ « أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إنَّ أَبِي مَاتَ وَلَمْ يُوصِ ، أَفَيَنْفَعُهُ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ » رَوَاهُ أَحْمَدُ وَمُسْلِمٌ وَالنَّسَائِيُّ وَابْنُ مَاجَهْ

Dan dari Abu Hurairah, ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah ﷺ : Sesungguhnya ayahku meninggal dunia dan ia tidak berwasiat, apakah bermanfa’at baginya kalau aku bersedekah untuknya? Nabi ﷺ menjawab: “Ya“. (HR. Ahmad, Muslim, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).

وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ : أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إنَّ أُمِّي تُوُفِّيَتْ ، أَيَنْفَعُهَا إنْ تَصَدَّقْت عَنْهَا ؟ قَالَ نَعَمْ قَالَ : فَإِنَّ لِي مَخْرَفًا ، فَأَنَا أُشْهِدُك أَنِّي قَدْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا . رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَالتِّرْمِذِيُّ وَأَبُو دَاوُد وَالنَّسَائِيُّ

Dan dari Ibnu ‘Abbas, ada seorang bertanya kepada Rasulullah ﷺ: Sesungguhnya ibuku (telah) meninggal dunia, apakah bermanfaat baginya kalau aku bersedekah untuknya? Rasulullah ﷺ menjawab: “Ya“. Lelaki itu berkata: Sesungguhnya aku mempunyai kebun khurma, maka aku angkat engkau (Nabi) menjadi saksi, bahawa aku sedekahkan kebun itu untuknya (ibuku). (HR. Al-Bukhari, At-Tirmidzi, Abu Dawud dan An-Nasa’i).

وَعَنْ الْحَسَنِ : عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ أَنَّ أُمَّهُ مَاتَتْ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إنَّ أُمِّي مَاتَتْ أَفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ قُلْتُ : فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : سَقْيُ الْمَاءِ . قَالَ الْحَسَنُ : فَتِلْكَ سِقَايَةُ آلِ سَعْدٍ بِالْمَدِينَةِ. رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالنَّسَائِيُّ

Dan dari Al-Hasan, dari Sa’ad bin ‘Ubadah, bahawa ibunya (telah) meninggal dunia, lalu ia bertanya:”Ya Rasulullah, sesungguh-nya ibuku (telah) meninggal dunia, apakah aku (boleh) bersedekah untuknya? Rasulullah ﷺ menjawab: “Boleh“. Aku bertanya (lagi): Lalu sedekah apakah yang lebih utama? Rasulullah ﷺ menjawab: “(Bersedekah dengan) air”. Al-Hasan berkata: Itu adalah sedekah air dari keluarga Sa’ad di Madinah. (HR. Ahmad dan An-Nasa’i).

Klik di sini untuk mengikuti audio kuliah di atas.

KULIAH KITAB AS-SYAMAIL AL-MUHAMMADIYAH – Siri 8

OLEH: USTAZ IBRAHIM MOHD.RAJA

8. PAKAIAN RASULULLAH ﷺ

54. Dari Ummu Salamah, ia berkata:
” Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah ﷺ adalah gamis.” (HR. At-Tirmizi, Abu Dawud, Ahmad dan Ibnu Majah)

56. Dari Asma’ binti Yazid, ia berkata:
” Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah ﷺ adalah gamis.” (HR. At-Tirmizi, Abu Dawud, Ahmad dan Ibnu Majah)

58. Dari Qurrah, ia berkata:
” Aku pergi menemui Rasulullah ﷺ bersama rombongan daripada kabilah Muzainah bagi menyatakan bai’at kepadanya. Pada masa itu, baju gamis beliau terbuka (atau mungkin maksudnya, butang baju gamis Rasulullah ﷺ terbuka). Kemudian aku memasukkan tanganku ke dalam baju beliau dan menyentuh tanda kenabiannya.” (HR. At-Tirmizi, Abu Dawud, Ahmad dan Ibnu Majah)

59. Dari Anas bin Malik, ia berkata:
” Rasulullah ﷺ keluar dari rumahnya dalam keadaan bersandar kepada Usamah bin Zaid. Beliau memakai Qithri yang diselempangkan di bahunya. Kemudian beliau solat berjemaah bersama para sahabat.” (HR. At-Tirmizi dan Ahmad)

60. Dari Abu Sa’id al-Khudri, ia berkata:
” Apabila Rasulullah ﷺ memakai pakaian baru, beliau menyebut namanya, seperti serban, gamis atau selendang. Kemudian, beliau berdoa. “Ya Allah, seluruh pujian hanya untukMu, sebagaimana Engkau memberikan aku pakaian. Aku mohon kepadaMu kebaikan pakaian ini juga kebaikan sesuatu yang diciptakan untuknya. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan pakaian ini, juga keburukan sesuatu yang diciptakan untuknya.

Klik di sini untuk mengikuti audio kuliah di atas.

KITAB NAILUL AUTHAR: JENAZAH – SIRI 17

OLEH: USTAZ MOHD. ZAIN MOHD. NOH

SAMBUNGAN BAB MENANAM MAYAT DAN HUKUM-HUKUM TENTANG KUBUR

7. BAB DO’A BAGI MAYAT SESUDAH DITANAM

عَنْ عُثْمَانَ قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ فَقَالَ : اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ . رَوَاهُ أَبُو دَاوُد

8. BAB LARANGAN MENDIRIKAN MASJID DAN MEMASANG PENCAHAYAAN (LAMPU) DI KUBURAN

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : قَاتَلَ اللَّهُ الْيَهُودَ اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah melaknat orang-orang Yahudi, mereka menjadikan kubur Nabi-Nabi mereka sebagai masjid-masjid“. (HR Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim).

وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَائِرَاتِ الْقُبُورِ وَالْمُتَّخِذِينَ عَلَيْهَا الْمَسَاجِدَ وَالسُّرُجَ . رَوَاهُ الْخَمْسَةُ إلَّا ابْنَ مَاجَهْ

Dan darl Ibnu ‘Abbas, ia berkata: “Rasulullah ﷺ melaknat kaum wanita yang berziarahi kubur, dan orang-orang yang mendirikan masjid-masjid serta memasang pelita-pelita di atasnya.” (HR. Imam yang lima, kecuali Ibnu Majah).

Dalam satu hadis Imam Muslim telah meriwayatkan bahawa Nabi ﷺ bersabda:

لَا تَجْلِسُوا عَلَى الْقُبُورِ وَلَا تُصَلُّوا إلَيْهَا أَوْ عَلَيْهَا ,

yang bermaksud: ” Jangan kamu duduk di atas kubur-kubur, dan solat (sambil menghadap) kepadanya atau di atasnya.”

Imam Muslim juga meriwayatkan bahawa Nabi ﷺ bersabda:

فَلَا تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ فَإِنِّي أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ,

yang bermaksud: ” Maka janganlah kamu menjadikan kubur-kubur itu sebagai masjid-masjid, kerana sesungguhnya aku melarang kamu dari berbuat demikian.”

Klik di sini untuk mengikuti audio kuliah di atas

KITAB NAILUL AUTHAR: JENAZAH – SIRI 16

OLEH: USTAZ MOHD. ZAIN MOHD. NOH

SAMBUNGAN BAB MENANAM MAYAT DAN HUKUM-HUKUM TENTANG KUBUR

4. BAB LARANGAN MEMASUKKAN MAYAT KE DALAM KUBUR BAGI MEREKA YANG TELAH BERSAMA ISTERINYA

عَنْ أَنَسٍ قَالَ : شَهِدْتُ بِنْتَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تُدْفَنُ وَهُوَ جَالِسٌ عَلَى الْقَبْرِ ، فَرَأَيْتُ عَيْنَيْهِ تَدْمَعَانِ ، فَقَالَ : هَلْ فِيكُمْ مِنْ أَحَدٍ لَمْ يُقَارِفْ اللَّيْلَةَ ؟ فَقَالَ أَبُو طَلْحَةَ : أَنَا ، قَالَ : فَانْزِلْ فِي قَبْرِهَا ، فَنَزَلَ فِي قَبْرِهَا . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالْبُخَارِيُّ

Dari Anas ia berkata: ” Aku menyaksikan puteri Rasulullah ﷺ dikebumikan — sedang Rasululiah ﷺ sendiri duduk di tepi kubur, kemudian aku lihat kedua matanya mengalir (airmata), lalu ia bertanya: ‘Adakah di antara kamu, orang yang tadi malam tidak bersama isterinya? Lalu Abu Thalhah menjawab:’ Aku’. Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Masuklah di dalam kuburnya’ “. (HR Ahmad dan Al-Bukhari).

وَلِأَحْمَدَ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رُقَيَّةَ لَمَّا مَاتَتْ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « لَا يَدْخُلْ الْقَبْرَ رَجُلٌ قَارَفَ اللَّيْلَةَ أَهْلَهُ » ، فَلَمْ يَدْخُلْ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ الْقَبْرَ

Dan rnenurut riwayat Ahmad dari Anas bahawa Rugayah ketika meninggal dunia maka Nabi ﷺ bersabda: “Tidak boleh masuk kubur lelaki yang tadi malam bersama isterinya”, Lalu Usman bin Affan tidak masuk ke dalam kubur.

5. BAB ADAB DUDUK DAN BERJALAN DI PERKUBURAN

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ : خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي جِنَازَةِ رَجُلٍ مِنْ الْأَنْصَارِ ، فَانْتَهَيْنَا إلَى الْقَبْرِ وَلَمْ يُلْحَدْ بَعْدُ ، فَجَلَسَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ وَجَلَسْنَا مَعَهُ . رَوَاهُ أَبُو دَاوُد

Dari Barra bin Azib ia berkata: “Kami pernah keluar bersama Rasulullah ﷺ menghantar jenazah seorang lelaki golongan Ansar, kemudian sampailah kami ke kubur, sedang kubur itu belum digali lahadnya, kemudian Rasulullah ﷺ duduk sambil menghadap kiblat, sedang kami duduk bersamanya. (HR. Abu Dawud).

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتَحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ . رَوَاهُ الْجَمَاعَةُ إلَّا الْبُخَارِيَّ وَالتِّرْمِذِيَّ

Dan dari Abi Hurairah ia berkata:” Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Salah seorang di antara kamu duduk di atas bara lalu membakar pakaiannya sampai mengenai kulitnya itu lebih baik daripada ia duduk di atas kubur’.”(HR. Al-Jama’ah kecuali Al-Bukhari dan At-Tirmidzi).

وَعَنْ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ قَالَ : رَآنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَّكِئًا عَلَى قَبْرٍ فَقَالَ : لَا تُؤْذِ صَاحِبَ هَذَا الْقَبْرِ ، أَوْ لَا تُؤْذِهِ . رَوَاهُ أَحْمَدُ

Dan dari Amru bin Hazm ia berkata: “Rasulullah ﷺ telah melihat aku duduk bersandar di atas sebuah kubur, lalu ia bersabda: ‘Janganlah kamu mengganggu penghuni kubur ini, atau jangan kamu mengganggunya,’” (HR. Ahmad),

وَعَنْ بَشِيرِ ابْنِ الْخَصَاصِيَةِ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلًا يَمْشِي فِي نَعْلَيْنِ بَيْنَ الْقُبُورِ فَقَالَ : يَا صَاحِبَ السِّبْتِيَّتَيْنِ أَلْقِهِمَا . رَوَاهُ الْخَمْسَةُ إلَّا التِّرْمِذِيَّ

Dan dari Basyir bin Khasha. bahawa Rasulullah ﷺ telah melihat seorang lelaki berjalan dengan bersandal di antara kubur-kubur, kemudian ia bersabda: “Hai pemilik dua sandal, tanggalkanlah kedua sandalmu itu.” (HR Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi).

6. BAB MENANAM JENAZAH DI WAKTU MALAM

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : مَاتَ إنْسَانٌ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ ، فَمَاتَ بِاللَّيْلِ فَدَفَنُوهُ لَيْلًا ؛ فَلَمَّا أَصْبَحَ أَخْبَرُوهُ ، فَقَالَ : مَا مَنَعَكُمْ أَنْ تُعْلِمُونِي ؟ قَالُوا : كَانَ اللَّيْلُ فَكَرِهْنَا ، وَكَانَتْ ظُلْمَةٌ أَنْ نَشُقَّ عَلَيْكَ ، فَأَتَى قَبْرَهُ فَصَلَّى عَلَيْهِ . رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَابْنُ مَاجَهْ .

Dari Ibnu Abbas ia berkata: “Ada seorang meninggal dunia pada malam hari yang baru saja ia diziarahi oleh Rasulullah ﷺ pada malam itu juga, lalu mereka kebumi pada malam itu, kemudian setelah pagi harinya mereka memberitahu kepada Rasulullah ﷺ, lalu ia bertanya: ‘Apa yang menghalangi kamu untuk tidak memberitahu aku?’ Mereka menjawab: ‘Kerana waktu malam maka kami keberatan manakala malam itu gelap. Kami khuatir menyusahkan engkau.’ Kemudian Rasulullah ﷺ datang ke kuburnya lalu ia mensolatinya. (HR Al-Bukhari dan Ibnu Majah)

قَالَ الْبُخَارِيُّ : وَدُفِنَ أَبُو بَكْرٍ لَيْلًا

Al-Bukhari berkata: “Dan Abu Bakar juga dikebumikan pada waktu malam.”

وَعَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : مَا عَلِمْنَا بِدَفْنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى سَمِعْنَا صَوْتَ الْمَسَاحِي مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ لَيْلَةَ الْأَرْبِعَاءِ . قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ : وَالْمَسَاحِي : الْمُرُورُ رَوَاهُ أَحْمَدُ

Dan dari Aisyah ia berkata: “Kami tidak tahu mengkebumikan Rasululiah ﷺ sehingga kami mendengar suara orang-orang yang berjalan pada akhir malam, iaitu malam Rabu.” Muhammad bin Ishaq berkata:” Al Masaahii iaitu orang yang berjalan.” (HR Ahmad).

وَعَنْ جَابِرٍ قَالَ : رَأَى نَاسٌ نَارًا فِي الْمَقْبَرَةِ فَأَتَوْهَا ، فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْقَبْرِ يَقُولُ : نَاوِلُونِي صَاحِبَكُمْ ، وَإِذَا هُوَ الَّذِي كَانَ يَرْفَعُ صَوْتَهُ بِالذِّكْرِ. رَوَاهُ أَبُو دَاوُد

Dan dari Jabir ia berkata:” Orang-orang melihat ada api di perkuburan, lalu mereka mendatanginya. Tiba-tiba Rasulullah ﷺ ada di situ, ia bersabda: ‘ Tolonglah aku untuk membantu kawanmu ini. Tahu-tahu dia adalah orang yang meninggikan suaranya dalam zikir.’ ” (HR. Abu Dawud)

Klik di sini untuk mengikuti audio kuliah di atas.

KULIAH KITAB SAHIH BUKHARI – Siri 38

OLEH: USTAZ MOHD.ZAIN BIN MOHD.NOH

KITAB HAIDH

BAB: WANITA HAIDH MEMBASUH KEPALA SUAMINYA DAN MENYISIRNYA

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أُرَجِّلُ رَأْسَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا حَائِضٌ

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf, ia berkata: telah menceritakan kepada kami Malik dari Hisyam bin ‘Urwah, dari ayahnya, dari ‘Aisyah, ia berkata: ” Aku pernah menyisir rambut Rasulullah ﷺ, sementara waktu itu aku sedang haidh.”

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى قَالَ أَخْبَرَنَا هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ أَنَّ ابْنَ جُرَيْجٍ أَخْبَرَهُمْ قَالَ أَخْبَرَنِي هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ عُرْوَةَ أَنَّهُ سُئِلَ أَتَخْدُمُنِي الْحَائِضُ أَوْ تَدْنُو مِنِّي الْمَرْأَةُ وَهِيَ جُنُبٌ فَقَالَ عُرْوَةُ كُلُّ ذَلِكَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَكُلُّ ذَلِكَ تَخْدُمُنِي وَلَيْسَ عَلَى أَحَدٍ فِي ذَلِكَ بَأْسٌ أَخْبَرَتْنِي عَائِشَةُ أَنَّهَا كَانَتْ تُرَجِّلُ تَعْنِي رَأْسَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهِيَ حَائِضٌ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَئِذٍ مُجَاوِرٌ فِي الْمَسْجِدِ يُدْنِي لَهَا رَأْسَهُ وَهِيَ فِي حُجْرَتِهَا فَتُرَجِّلُهُ وَهِيَ حَائِضٌ

Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa, ia berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Hisyam bin Yusuf bahawa Ibnu Juraij telah mengkhabarkan kepada mereka, ia berkata: telah mengkhabarkan kepadaku Hisyam bin ‘Urwah dari ‘Urwah, bahawa dia ditanya:” Apakah wanita yang sedang haidh boleh melayani aku, atau berdekatan denganku sedangkan dia junub?” ‘Urwah lalu menjawab: “Bagiku semua itu mudah, dan setiap dari mereka boleh untuk melayaniku, dan seseorang boleh melakukan hal itu. ‘Aisyah pernah mengkhabarkan kepadaku bahawa ia pernah menyisir rambut Nabi ﷺ sedangkan ia dalam keadaan haidh. Ketika itu Rasulullah ﷺ berada di sisi masjid, beliau mendekatkan kepalanya kepada Aisyah yang berada di dalam kamarnya dan dalam keadaan haidh untuk menyisir rambut beliau.”

Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari memberi beberapa faedah dari hadis-hadis di atas:

1. Wanita haidh adalah suci badannya dan peluhnya.
2. Lelaki yang sedang beriktikaf di dalam mesjid tidak dibenarkan melakukan hubungan kelamin atau bercumbu dengan isterinya.
3. Wanita haidh tidak boleh memasuki mesjid. Tetapi terdapat pendapat lain yang membenarkannya.
4. Ibnu Bathtal berkata: “Hadis ini juga sebagai bantahan terhadap pendapat Asy-Syafi’i yang mengatakan bahawa menyentuh wanita membatalkan wudhu’.

Klik di sini untuk mengikuti audio kuliah di atas.

  • ARKIB


  • View My Stats